Seminggu yang OK untuk Khusrin

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penilaian baik kepada setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru dilantik, tetapi kelihatan malu-malu mengulas lanjut berhubung 'kerjasaman' mereka.

Ditanya tentang prestasi Datuk Mohamad Khusrin Munawi itu, Khalid menjawab bahawa bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu setakat ini bertugas dengan bagus.



Malah, dalam senyum besar, Khalid menambah, mereka berdua baru sahaja berjalan dan berborak-borak sebelum itu.

Berbubung tarikh angkat sumpah simpan rahsia di depannya, Khalid berkata buat masa ini terdapat beberapa proses pengurusan mesti dilakukan terlebih dahulu.

Katanya, bila tiba masa itu, ia akan dilakukan.

Khalid juga menegaskan bahawa apabila tiba waktu untuk membuat keputusan, pegawai kerajaan dan kerajaan persekutuan tidak patut masuk campur kerana itu merupakan undang-undang asas dalam pengurusan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:17 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III