Sime Darby belum terima notis saman firma UAE


Sime Darby Engineering Sdn Bhd menyatakan bahawa memang terdapat satu saman difailkan oleh sebuah syarikat tenaga berpangkalan di Abu Dhabi, Emirates International Energy Services (Emas), terhadapnya namun ia masih belum diserahkan kepada syarikat Malaysia itu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web oleh syarikat induknya, Sime Darby Bhd di sini malam tadi, Sime Darby Engineering berkata syarikat tidak mengetahui asas dan alasan bagi tuntutan dalam saman berkenaan.

Syarikat Malaysia itu berkata ia akan mencabar saman itu setelah diserahkan berdasarkan kepada nasihat perundangan daripada peguam di Dubai, dan akan menggunakan kesemua hak yang diperuntukkan undang-undang.
Semalam Bernama memetik laporan akhbar mengenai Emas memfailkan satu saman terhadap Sime Darby Engineering berikutan pertikaian berhubung pembidaan tender.
Akhbar harian “The National” itu melaporkan syarikat Malaysia itu didakwa menarik diri daripada tujuh projek berskala besar “bagi membantu syarikat-syarikat asing yang tidak dinamakan memenangi tender.”
Ia menyebut sepucuk surat yang disertakan dengan fail mahkamah, di mana Emas mendakwa penarikan daripada pembidaan telah dilakukan pada “waktu kritikal dan saat akhir, satu perkara yang menimbulkan keraguan mengenai syarikat kami dan memburukkan reputasi syarikat.”
Laporan itu menyebut Sime Darby Engineering membida projek dalam sektor minyak dan gas di negara Teluk itu menerusi Emas.
Emas dilaporkan menuntut hampir AS$200 juta dan ganti rugi dalam saman yang difailkan di Mahkamah Komersial Abu Dhabi.
Menurut laporan akhbar itu, SDE menafikan dakwaan itu dan mendakwa bahawa syarikat itu tidak tertakluk untuk menerima atau menolak projek berkenaan sejajar dengan mana-mana tarikh akhir.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:10 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III