Galas: Bukti Umno takut pengaruh Razaleigh

Umno terpaksa melantik Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihanraya Umno PRK Galas. Tindakan ini dilihat sebagai luarbiasa kerana dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelumnya, pengarahnya mestilah Timbalan Presiden Umno ataupun Naib Presiden Umno. Terbukti Umno takut kepada Tengku Razaleigh Hamzah kerana pengaruh beliau yang kuat di Gua Musang.

Jarang sekali perkara sebegini berlaku. Sepatutnya Ku Li boleh membaca strategi Umno yang menggunakan pengaruhnya bila terdesak tetapi melihatnya macam sampah pada waktu yang lain terutama semasa pemilihan.

Adalah diharapkan Ku Li sedar dan tidak menjadikan ‘pujukan’ Umno ini sebagai batu loncatan untuk menghentam PAS dan rakyat Kelantan dalam isu royalti. Kalau sebelum ini Ku Li lantang dan senada dengan PAS dalam isu royalti ini, maka diharapkan beliau tidak membuat pusingan ‘U’ 360 darjah semasa PRK Galas nanti.

Ku Li sepatutnya sudah matang dengan sepak terajang Umno yang sentiasa menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara bagi mencapai niat dan hasrat nafsu mereka yang tamak haloba.

Umno sebenarnya takut untuk melantik orang lain menjadi Pengarah Pilihanraya mereka di Galas kerana tahu jika Ku Li tidak dilantik, maka sudah tentu jentera Umno Gua Musang tidak akan bekerja keras 100% lantaran Ketua Bahagian mereka diketepikan.

Walaubagaimana pun saya percaya PAS tidak akan gentar dan setiasa bersiap siaga 24 jam untuk berdepan dengan Umno/BN walau siapa calon dan Pengarah Pilihanraya Umno. Prestasi hebat dan sikap mesra PAS kepada rakyat khasnya di Galas sudah tentu menjadi senjata utama untuk menafikan BN dari merampas kerusi Dun Galas ini.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:35 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III