Program Namewee di Kolej New Era di Kajang malam ini dibatalkan ekoran amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.
Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa.
"Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan.
Tahniah kepada PERKASA
Sementara itu, pengurus Namewee, Fred Chong turut mengesahkan, persembahan ketiga dalam siri jelajah artis Cina daripada Muar itu dibatalkan.
"Kolej New Era takutkan PERKASA. Majlis itu dibatalkan dan PERKASA boleh dikira berjaya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya alasan sebenar di sebalik tindakan mengejut itu.
Bagaimanapun, tambahnya, demonstrasi tersebut seharusnya dibenarkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi seperti mana persembahan itu juga tiada sebab dibatalkan.
Manakala Namewee pula menulis dalam laman Facebook tentang kejayaan bantahan PERKASA itu.
"Saya ucapkan tahniah kepada PERKASA atas kejayaan itu. Semua promosi telah dibatalkan.
"Saya mahu beritahu, semua penganjur takutkan PERKASA, PERKASA menang tetapi Malaysia telah kalah," tulisnya.
Pada kejadian itu, kira-kira 50 anggota PERKASA berhimpun di luar perkarangan KLSCAH.
Mereka membantah kehadiran rapper kontroversi Namewee sebagai penceramah di forum anjuran dewan tersebut dengan membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta kemudiannya membakar gambar Namawee.
Mencarut
Kumpulan itu juga melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu cuba berunding dengan polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan berkenaan.
Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu cuba berunding dengan polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan berkenaan.
Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.
Namun kehadiran kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berjaya mengawal keadaan dengan tiada sebarang kejadian yang tidak dingini dilaporkan.
0 comments:
Post a Comment