Mais: Pemuda PAS mohon Sultan bertindak

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memohon perkenaan Sultan Sharafuddin Idris Shah agar mengambil tindakan setimpal ke atas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kerana telah terlibat dalam program yang mempunyai unsur politik kepartian pada 10 Julai lalu.


Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, program tersebut dinamakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Gotong Royong Perpaduan Bersepadu Felda Soeharto Hulu Selangor yang diadakan di masjid tersebut yang dihadiri Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan a/l P Panchanathan.

Katanya, tindakan Mohamad Adzib itu bercanggah dengan arahan yang dipaparkan di masjid-masjid di Negeri Selangor di mana arahan tersebut ditandatanganinya sendiri.

Di samping itu, tindakan itu menjejaskan imej Mais dalam mana pengerusinya sendiri mengkhianati arahan tidak mempolitikkan masjid yang telah dikeluarkan.

Selain itu, katanya ia menjejaskan kredibiliti Mais dan institusi kesultanan yang merupakan mercu kuasa dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam, menampakkan layanan berpilih-pilih di pihak Mais dan Jais.

“Bila melibatkan anggota Pakatan Rakyat, tindakan tegas diambil serta merta, bila melibatkan Umno BN tiada tindakan diambil, seolah-olah wujud ‘double standard’ dan ‘cover-up’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dikhuatiri tindakan Mohamad Adzib itu melunturkan keyakinan masyarakat Islam khasnya terhadap institusi yang memayungi agama Islam seperti Mais.

Ini, ujarnya, menyebabkan ahli dan penyokong PAS, anggota-anggota Pakatan Rakyat serta rakyat yang ingin melihat Mais dilonjakkan sebagai institusi yang bermartabat kecewa dan tersinggung dengan tindakan pengerusi Mais itu.

Ekoran itu, timbalannya, Ahmad Zaidy bersama kepimpinan dewan itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Sultan Selangor di Istana Mestika, di sini, hari ini.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:30 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III