Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata PAS hanya akan memilih calon yang menjadi pilihan rakyat dan bukannya lain-lain pihak.
Menurutnya, ini kerana rakyat yang ingin memilih wakil rakyatnya, maka calon yang bakal dipilih untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti akan diambil kira dari pandangan mereka.
Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi Sidang Dun Khas Kelantan berakhir pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung bakal calon yang akan dipilih.
Menurutnya lagi, PAS tidak ketandusan dalam mencari calon memandangkan ramai calon tempatan yang lebih berwibawa.
“Calon kita ramai ada di kalangan profesional, akademik, ulamak dan lain-lain lagi, tetapi kita ingin meminta pandangan rakyat sendiri berhubung pemilihan calon,” ujarnya yang juga Adun Bukit Tuku.
Bagaimanapun, menurutnya setakat ini PAS belum lagi memutuskan bakal calon, memandangkan ianya masih terlalu awal.
Beliau tidak menolak PAS menghadapi sedikit masalah dengan perlantikan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya kecil Dun Galas.
Menurutnya, Ku Li telah memperlihatkan kewibawaannya sebagai pucuk pimpinan apabila berjaya mengalahkan Kelantan pada tahun 1978 sewaktu menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
“Bagaimanapun kita akan sentiasa berhati dan terus berhati-hati memandangkan sikap PAS sendiri yang sedemikian dalam setiap pilihan raya,” ujarnya.
Galas: Calon PAS pilihan rakyat
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:54 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 30
(29)
- KDN larang penerbitan buku tulisan Kim Quek
- Taib: Kerusi Bumiputera cukup, BN yakin majoriti s...
- Galas: Muhyiddin lari dari tanggungjawab, kata PAS
- Pensyarah: Pelantikan Ku Li lebih efektif jejas un...
- 'Perang' PERKASA: Siswa berdemo sokong 'Nah'
- 'Perang' PERKASA: Kolej Dong Zong kecut
- PERKASA: Batal persembahan saja tak cukup
- Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu
- Perkauman: Orang kaya Umno peralat rakyat miskin
- Umno didesak buktikan penerima kembalikan wang
- Mais: Pemuda PAS mohon Sultan bertindak
- Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik
- Pengarah p’raya umpama kata dua buat Razaleigh
- Transformasi ekonomi akan gagal di bawah Umno BN
- Anwar Ibrahim Agen 007 ( Agen Kepada Seluruh Dunia )
- Mata memandang hati memerhati
- Galas: Calon PAS pilihan rakyat
- Galas: Bukti Umno takut pengaruh Razaleigh
- Lagu tema Upin Ipin bawa pesan persahabatan
- Isu BTN: 1 Malaysia lalui tugas berat, Najib perlu...
- Kerjasama padu kerajaan dan sultan untuk rakyat
- Dun Kelantan rafak sembah Sultan Muhammad ke-V
- Pengasas Pondok Pak Teh kembali ke rahmatullah
- Kes liwat: Kerajaan Malaysia tidak tentang Anwar t...
- Tiup api perkauman, PAS gesa mansuh BTN
- Galas: Dewan Himpunan Penyokong PAS tawar calon
- UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Kempen G...
- Kertas siasatan kes Namewee dihantar ke peguam neg...
- Nik Aziz: Tak perlu parti orang Melayu selain PAS
-
▼
Sep 30
(29)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment