Kerjasama padu kerajaan dan sultan untuk rakyat

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, berkata Kerajaan Kelantan akan sentiasa memberi kerjasama yang padu pada Sultan Muhammad Ke-V, dalam apa juga urusan untuk perpaduan dan kepentingan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika  menggulung perbahasan cadangan merafak sembah perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Muhammad Ke-V dalam persidangan Dun Khas yang berlangsung sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan Kelantan turut merafak sembah terhadap perlantikan itu dan akan sentiasa memberi kerjasama kepada baginda.

Pada masa yang sama, Ahmad yakin program kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh ayahanda baginda sebelum ini dapat diteruskan oleh Sultan Muhammad Ke-V .

“Kerajaan negeri sentiasa akan memberi kerjasama kepada baginda bersesuaian sebagai ketua pentadbir negeri,” ujarnya.

Katanya, rakyat mengharapkan kebaikan dan keberkatan yang berlebihan dari Allah berikutan sikap baginda yang lebih mementingkan agama.

“Sultan yang memerintah dan bertaqwa kepada Allah bersesuaian dengan dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam, dapat digarap bersama demi untuk keberkatan yang berlebihan,” ujarnya.

Beliau menambah,rakyat merasa bertuah apabila mempunyai sultan yang memayungi rakyat, apabila setiap tindak tanduk berasakan ketaqwaan kepada Allah.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:09 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III