Nik Aziz sakit pinggang ke sakit otak ni? - The Flying Kick



Terima Islam sebagai ad-deen…
Itu yang dikatakan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, sang Menteri Besar Kelantan yang kini sedang terlantar di katil wad HUSM akibat sakit pinggang.
Dalam pada ketika Nik Abdul Aziz menasihati Raja-Raja Melayu agar kembali merujuk kepada al Quran sebagai upaya Raja-Raja Melayu yang bimbangkan tentang ancaman terhadap orang Melayu, Nik Abdul Aziz sendiri terlupa bahawa dia pernah menentang al Quran dan perintah Rasulullah s.a.w terutama dalam bab Silaturrahim dan Imamah.
Tidak mensyukuri nikmat Allah Taala bukan sahaja kelihatan daripada tidak memakai songkok putih berbalut serban dan berjanggut semata-mata, sebaliknya antara yang terkandung dalam bab ‘KUFUR NIKMAT’ adalah tidak mensyukuri tentang apa yang Allah Taala jadikan pada diri kita sendiri. Contohnya, dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Melayu yang kemudian, dianugerahkan Allah Taala dengan Islam sebagai pegangannya.
Dalam peristiwa Saqifah, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a telah menuturkan sabdaan Nabi s.a.w tatkala kaum Ansar membaiat Saad bin Ubadah r.a sebagai khalifah yang menggantikan kepimpinan Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘Pemimpin-pemimpin itu berasal dari Quraisy’.
Satu lagi hadis baginda s.a.w yang masyhur tentang keutamaan bangsa Quraisy dalam maslahat IMAMAH (KEPIMPINAN) bermaksud:
‘Dahulukan orang Quraisy dan jangan kamu mendahului mereka.’ (Hadis riwayat Bukhari)
Hadis-hadis berkenaan juga termuat di dalam al-Ahkam As-Sulthaniyyah karya Imam Al-Mawardi yang memperkatakan tentang pentadbiran dan daulah Islamiyyah. Malah hadis-hadis ini serta hadis-hadis lain tentang keutamaan BANGSA QURAISY di dalam kepimpinan turut termuat di dalam kitab Taarikhul Mazahibil Islamiyyah karangan Al-Imam Muhammad Abu Zahrah.
Maka bagi golongan penjilat tegar dan juak-juak yang berfikiran jumud, apakah berani mereka berkata bahawa Rasulullah s.a.w seorang yang berfikiran dan berfahaman kebangsaan atau mereka terus menolak hadis berkenaan dengan menganggap ia sebagai hadis palsu? Atau barangkali mereka akan berkata, umat tidak lagi terbahagi kepada Ansar dan Muhajirin sebaliknya sudah jadi pelbagai bangsa dan kaum. Secara tidak langsung hadis-hadis baginda s.a.w tentang keutamaan Quraisy telah termansuh…. beranikah mereka berbuat begitu?
Perkirakanlah siapa yang jauh lebih absah dalam pengertian tentang BANGSA dan Ketuanan antara imam-imam jumhur dengan Nik Abdul Aziz yang diimamkan oleh sebahagian penjahil dan golongan yang bertaqlid dan taksub membuta tuli.
Nik Abdul Aziz menyeru orang lain mengikut dan berpandukan kepada al Quran. Tatkala Nik Abdul Aziz mengeluarkan pendapat bahawa umat PAS lebih baik berkawan dengan kaum kafir berbanding Melayu-Islam, bagaimana pula? Ikut al Quran yang mana satu pula? Adakah terdapat tambahan di dalam al Quran yang membolehkan perbuatan berkenaan sedangkan al Quran menjelaskan bahawa umat Islam itu berkasih sayang sesama mereka dan bersikap keras terhadap kaum kafir.
Berkasih sayang tidak bermakna asal berjumpa sahaja kena cium tangan atau mengalungkan mutiara ke leher babi, sebaliknya mahabbah di dalam Islam mempunyai pengertian yang jauh lebih luas termasuklah menegur, mengkritik tetapi tidak bermufarakah daripada jamaah selain tidak mewujudkan jemaah di dalam jemaah atau sanggup menjadi selipar jamban buat kaum kafir bagi memudahkan kaum kafir tersebut menentang saudara seagama yang menjadi tonggak kepada pentadbiran negara.
Bukankah fungsi ulama dan umara’ saling lengkap-melengkapi, bukannya umara sibuk nak berlagak jadi ulama dan ulama pula sibuk nak cari sekutu untuk mendapatkan kuasa umara… dan bukankah juga al-mutawaali al-kabir itu tidak sama dengan muqallid sama ada dari segi fi’li, keilmuwan apatah lagi dari segi quwwahnya?
Maka seharusnya para penasihat Nik Abdul Aziz wajar menasihati kembali orang tua itu agar dia sendiri kembali kepada al Quran sebelum menyuruh orang lain kembali kerana ancaman kepada orang yang menyuruh orang lain melakukan kebajikan sedangkan dia sendiri tidak berbuat sepertimana yang dikatakannya, adalah sangat keras. Bukankah Allah Taala yang berfirman tentang perkara ini di dalam al Quran?
Cuba selak-selak al Quran atau paling mudah kelebeklah Indeks al-Quran berkenaan dengan ‘orang bodoh’….?

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:41 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III