PAS Bodoh, Menang Pun Belum Dah Suruh BN Janji



Dulu lagi penulis dah cakap, ramai orang yang bodoh dungu dan kurang akal saja yang akan sokong PAS.  Ketua kepada segala puak ini yang mengetuai Lajnah Akal Kurang ialah Mahfuz yang SRP pun tak lepas tapi dek sebab mulut macam racun, merasa jadi YB. 
Sejak Ahad lepas, dalam keseronokan kita bercakap tentang pendedahan Wikileaks mengenai Anwar the sodomizer, Mahfuz ntah datang dari mana atau sedar dari lena muncul dengan isu ‘kemungkinan’ BN akan merampas kuasa jika pembangkang menang dalam pilihanraya umum akan datang.  Dalam memegang tugas sebagai YB (disamping kelulusan yang tak tinggi), sempat juga Mahfuz bertapa menuntut ilmu nujum ya.
Tapi pedulikanlah itu, Mahfuz memang sudah ditakdirkan bodoh sejak azali dan tidak pula berusaha mengubah nasibnya ke arah yang lebih pandai sikit. 
Sesuai dengan taraf pendidikannya, kita sangka isu bodoh yang dibangkitkan Mahfuz akan berhenti setakat itu saja.  Tapi siapa sangka, nik aziz jadi ungka, ada pulak seekor tapir bernama  Fadhil Othman mewakili Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang meneruskan kebodohan Mahfuz itu apabila meminta BN kotakan janji tidak akan merampas kuasa jika pembangkang menang kelak.
Bergoncang usus penulis membaca ‘desakan’ paling tidak masuk akal oleh Pemuda PAS WP ini.
Masa dan saat ini, kerajaan yang memerintah masih lagi kerajaan BN, pilihanraya juga belum pasti bila akan diadakan.  Oleh itu kenapa disaat BN masih memegang kuasa, Pemuda PAS nak mintak kita kotakan janji jangan rampas kuasa kalau pembangkang menang kelak?  Pembangkang menang pun belum tentu, kami nak kotakan apa?
Kita yakin, budak nama Fadhil Othman ini taraf pendidikkannya sudah tentu melebihi Mahfuz SRP.  Dengan yang demikian, kita tak faham kenapa Fadhil Othman merendahkan maruahnya dengan menyokong statement bangang keluar dari mulut MP bodoh?
Mahfuz tu orang tak gelakkan dia sebab ketika dia mengeluarkan statement itu dia bergelar YB, bergelar Dato, gaya dan cakap ada la style sikit-sikit.  Selain dari gaya dan cara pemakaiannya, semua berkenaan dengan Mahfuz adalah perkara yang hina-hina belaka.  Justeru, penulis tidak faham, malah langsung tak faham kenapa kenyataannya menjadi ikutan oleh yang tinggi sikit taraf pelajarannya, walaupun tinggi itu merujuk kepada SPM!!!
Logik pun tiada, dikala kami memerintah, kami diminta mengotakan janji untuk tidak merampas kuasa dari pembangkang.  Apakah jadi resmi kita merampas kuasa semua ni?  Yang di Perak itu bukan rampas kuasa tapi kuasa berubah tangan, dek majoriti dalam dewan yang berubah ke pihak BN.  Kalau diikutkan, dengan PAS, DAP dan PKR bertanding atas lambang masing-masing, tidak layak membentuk kerajaan dibanding BN yang bertanding satu lambang.  Tapi oleh kerana penentuan siapa menjadi kerajaan bergantung kepada sokongan majoriti dalam dewan (bukan parti apa yang bertanding), maka kita ikutlah peraturan itu.
Tapi untuk menyedapkan hati Mahfuz dan pengikut bongoknya macam budak Fadhil ini, aku mewakili BN berjanjilah tidak akan merampas kuasa dalam pilihanraya umum akan datang kerana kamilah pihak yang mempunyai kuasa itu dan apa susah-susah nak rampas benda yang akan jadi milik kami.
Puas hati?

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:18 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III