Penilaian Singapura terhadap Malaysia aneh, tidak bantu hubungan


Penilaian Singapura terhadap Malaysia mengenai ‘ketidakcekapan’ kepimpinan negara seperti didedahkan WikiLeaks kelmarin adalah aneh kerana kedua-dua negara melalui proses pembangunan negara bangsa yang berbeza.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kenyataan itu juga didapati langsung tidak membantu dalam hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Singapura yang selama ini berada dalam keadaan baik.
Katanya, pendedahan WikiLeaks tersebut juga sebenarnya memalukan kepimpinan Singapura kerana ia bukan merupakan pandangan rasmi negara republik kecil itu.

“Di Malaysia kita mempunyai tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, kalau tidak silap ada 214 sub etnik semuanya, ini semua kompleks. Perdana Menteri kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
“Jadi saya katakan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura apa yang dipanggil ‘incompetent’ daripada pandangan Singapura, sebenarnya kita turun ke bawah dan cuba penuhi semua kehendak rakyat,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan nota bantahan berhubung perkembangan tersebut kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke sini, T. Jasudasen yang dipanggil ke pejabatnya di bangunan Parlimen.
Kelmarin, beberapa akhbar tempatan Australia melaporkan pendedahan WikiLeaks berhubung komen tiga pegawai kanan kerajaan Singapura mengenai ‘ketidakcekapan’ pemimpin Malaysia dalam mentadbir negara.
Pendedahan WikiLeaks yang memetik perbualan ejen perisikan Singapura dan Australia itu turut menyebut tentang penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat.
Anifah menambah, pengalaman Singapura serta kepimpinan negara itu dalam mentadbir republik yang secara keseluruhannya dikategorikan sebagai kawasan bandar adalah sangat berbeza dengan Malaysia yang mempunyai penduduk di kawasan pedalaman.
Sementara itu, katanya, tugas beliau sebagai jurucakap Kuala Lumpur di luar termasuklah melindungi kepentingan kesemua warganegara Malaysia termasuk Anwar.
Namun kata beliau, mana-mana individu Malaysia yang dituduh atau didakwa pihak luar mempunyai hak untuk menentukan sendiri bentuk tindakan yang akan diambil terhadap sebarang dakwaan ke atas mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, nota bantahan yang diserahkan kepada Jasudasen itu menjelaskan tentang ketidakpuasan hati Kuala Lumpur ke atas komen-komen yang tidak membantu hubungan dua hala kedua-dua pihak.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:34 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III