Sekumpulan penyokong setia dan bekas pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) yang telah dibubarkan, merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya mengubah keputusan menolak permohonan mereka untuk menghidupkan semula Usno, yang dikenali sebagai "Usno 2006".
Presiden Jawatankuasa Penaja Usno 2006, Datuk Perais Sharif Baba berkata beliau berharap Kementerian Dalam Negeri akan menimbang rayuan mereka kali ini, sejajar dengan prinsip demokrasi dan 1Malaysia yang diamalkan di negara ini.
"Kami mengemukakan rayuan kami kepada Pendaftar Pertubuhan (di bawah Kementerian Dalam Negeri) pada 23 April tahun ini dan berharap mendengar berita baik mengenainya tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini Rabu. Turut hadir bekas naib presiden Usno dan pengasas bersama Umno Sabah Datuk Karim Ghani.
Perais berkata percubaan pertama mereka menghidupkan semula Usno 2006 telah ditolak ROS sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.
Sementara itu, Karim berkata beliau ditugaskan kumpulan itu untuk mengumpul maklum balas daripada bekas anggota parti berkenaan dan orang ramai tentang pencapaian Sabah dalam tempoh 20 tahun lepas iaitu sejak Umno bertapak di negeri berkenaan.
Katanya berdasarkan hasil soal selidik di seluruh Sabah, majoriti bekas pemimpin Usno berasa mereka dipinggirkan dan oleh itu mahu Usno dihidupkan kembali untuk meneruskan perjuangan politik mereka.
Bagaimanapun, Karim mengaku peluang untuk Usno dihidupkan kembali hampir tiada berdasarkan landskap politik semasa di negara ini.
Ditanya tentang tindakan yang mungkin diambil kumpulan itu andainya rayuan mereka tidak membuahkan hasil, beliau berkata mereka perlu berbincang sesama sendiri sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.
Karim enggan mengulas apabila ditanya sama ada mereka terus kekal bersama Barisan Nasional atau menyertai pakatan pembangkang secara beramai-ramai dan sekadar berkata pilihan raya umum akan datang adalah sesuatu yang menarik.
Usno dibubarkan oleh pengasasnya Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, sejurus selepas pilihan raya umum 1990 untuk membuka jalan kepada kemasukan Umno ke Sabah.
Usno diasaskan Tun Mustapha, ketua menteri ketiga Sabah dan parti itu memperoleh kuasa selepas memenangi pilihan raya negeri pada 1967. Parti tersebut terus berkuasa hingga 1975 di bawah kepimpinan Tun Mustapha dan sehingga 1976 di bawah kepimpinan Tun Mohammad Said Keruak.
Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidupkan Semula USNO 2006
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:13 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 23
(33)
- I'Da World batal niat laksana projek RM313 Billion...
- Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli
- Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakat...
- Arahan jangan tawar plat 'MCA' masih berkuatkuasa
- Wartawan, editor tak etika patut tinggalkan Utusan
- Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk
- Azmin dan Ezam, siapa naik secara terhormat?
- Usaha Daftarkan Anggota Baru Sebagai Pemilih Dilak...
- Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua penget...
- SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'
- Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Bangladesh ke arah sekular
- Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - P...
- Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang?
- Gereja Orang Asli: Bina dulu baru minta kebenaran
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- "Bini Puaka": UPM halang pelajar hadir dengar kepu...
- Bidaan minimum plat eksklusif G1M 1 RM1 juta
- Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
- 'Jangan larang siswa ikuti kes 'bini puaka' esok'
- Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati
- SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaru...
- Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna ...
- Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih...
- MCA cuba tutup kelemahan sendiri
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batu...
- NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
- Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pen...
- Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara...
- Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidu...
- Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
-
▼
Sep 23
(33)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment