Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memperkenalkan surcaj pemuliharaan air (WCS) mulai 1 November tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan sumber itu secara bijak dan mengekang pembaziran.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju bahawa kadar baru WCS ialah 24 sen bagi satu meter padu bagi air yang digunakan melebihi daripada peruntukan 35 meter padu sebulan.
“Peruntukan 35 meter padu akan membantu mengurangkan penggunaan air setiap hari daripada 286 liter sehari bagi setiap orang kepada 233 liter sehari,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Katanya kadar baru itu berkuatkuasa untuk penggunaan mulai 1 November dan ia akan ditunjukkan dalam bil pengguna mulai 1 Januari.
“Hanya mereka yang menggunakan air berlebihan akan membayar lebih bagi bekalan air mereka. Jika pengguna seisi rumah berpatutan, surcaj ini tidak akan menjejaskan anda,” katanya.
Bagaimanapun, Lim yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), berkata kira-kira 70 peratus daripada pengguna domestik di negeri ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan WCS.
“Kita percaya hanya 30 peratus daripada pengguna domestik telah dikenal pasti pengguna air berlebihan sepertimana yang kami sasarkan dalam peruntukan bulanan sebanyak 35 meter padu,” katanya.
Beliau berkata antara objektif WCS adalah bagi menggalakkan penduduk Pulau Pinang menghentikan pembaziran air, memastikan orang ramai tidak membazirkan air dan menggalakkan budaya penjimatan air.
Katanya tarif air di negeri ini adalah yang terendah di Malaysia dan negara anggota Asean, yang kali terakhir disemak sembilan tahun lalu.
“Sejak itu, kos pembekalan air di Pulau Pinang telah meningkat 64 peratus selaras dengan peningkatan kos tenaga, minyak, kimia dan penyelenggaraan,” katanya.
Pada masa ini, penduduk Pulau Pinang mendapat sumber bekalan air RM0.22 bagi setiap liter selepas disubsidi oleh kerajaan negeri.
Pada 2009, sejumlah 395,388 pengguna domestik menikmati subsidi air dengan kos yang ditanggung PBAPP kira-kira RM41 juta
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:42 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 23
(33)
- I'Da World batal niat laksana projek RM313 Billion...
- Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli
- Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakat...
- Arahan jangan tawar plat 'MCA' masih berkuatkuasa
- Wartawan, editor tak etika patut tinggalkan Utusan
- Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk
- Azmin dan Ezam, siapa naik secara terhormat?
- Usaha Daftarkan Anggota Baru Sebagai Pemilih Dilak...
- Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua penget...
- SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'
- Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Bangladesh ke arah sekular
- Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - P...
- Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang?
- Gereja Orang Asli: Bina dulu baru minta kebenaran
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- "Bini Puaka": UPM halang pelajar hadir dengar kepu...
- Bidaan minimum plat eksklusif G1M 1 RM1 juta
- Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
- 'Jangan larang siswa ikuti kes 'bini puaka' esok'
- Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati
- SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaru...
- Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna ...
- Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih...
- MCA cuba tutup kelemahan sendiri
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batu...
- NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
- Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pen...
- Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara...
- Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidu...
- Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
-
▼
Sep 23
(33)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment