Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bercadang untuk mengadakan satu inkuiri kebangsaan, buat pertama kali mengenai isu hak milik tanah kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata sudah sampai masanya isu ini diberi perhatian memandangkan ia satu isu yang menarik banyak perhatian beberapa pihak pada masa ini.

“Kita fikir dalam kita memajukan Malaysia kepada tahap negara maju pada 2020...kita tak sepatutnya tinggalkan atau meminggirkan orang ini (kaum-kaum ini),” katanya kepada Bernama selepas mengetuai rombongan Suhakam melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu di sini, hari ini.

Terdahulu rombongan Suhakam diberi taklimat oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh serta pegawai kanan Jabatan Pengarang.

Antara fungsi Suhakam adalah memupuk kesedaran dan menyediakan maklumat berhubung hak asasi manusia dan menasihati serta membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran berkaitan hak asasi manusia dan mengsyorkan langkah-langkah yang perlu diambil.

Usaha menubuhkan Suhakam bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada tahun 1993-1995 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hasmy berkata Suhakam sedang mengumpul data dan bahan dan telah membentuk jawatankuasa bagi menjalankan inkuiri kebangsaan itu.

Menurutnya, inkuiri itu mungkin diadakan lewat tahun ini atau tahun depan, bergantung kepada pengumpulan bahan dan data yang diperlukan.

Tambah beliau, suruhanjaya itu juga akan menjemput pakar-pakar berkaitan isu pemilikan tanah, antara lain mereka yang berlatarbelakang perundangan dan ahli akademik, bagi membantu.

Hasmy berkata akan turut dibincangkan dalam inkuiri tersebut ialah isu berkaitan seperti eksploitasi pekerjaan serta pelajaran kaum asal dan Orang Asli.

Menurutnya, selepas ini Suhakam mungkin akan mengadakan inkuiri kebangsaan mengenai hak wanita dan warga tua

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:42 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III