Generasi Reformasi yang turun gelanggang pemilihan PKR kali ini akan bertemu ahli-ahli dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di peringkat akar umbi melalui program Roadshow Generasi Reformasi (RGF) di setiap negeri mulai malam ini.
Ia susulan debat sulung antara bakal calon jawatan ketua AMK yang diadakan di Taiping hujung minggu lalun.
Rafizi Ramli yang menawarkan diri dan sudah pun layak bertanding jawatan ketua AMK berkata, pendekatan ini diambil bagi menyuburkan amalan demokrasi seraya diterima oleh kesemua anggota parti.
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota Keadilan, pihak media dan orang ramai yang memberikan pelbagai reaksi positif sejak pengumuman kami menawarkan diri untuk jawatan-jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan Pusat pada 1 September lalu.
“Generasi Reformasi akan turun berjumpa ahli-ahli dan pimpinan AMK di peringkat akar umbi di setiap negeri melalui program Roadshow Generasi Reformasi,” katanya.
Program RGF pertama akan diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini pada pukul 8.30 malam.
“Selain bertemu anggota dan menjawab pertanyaan, barisan Generasi Reformasi juga akan membentangkan manifesto dan pelan rancangan menyuntik dinanisme AMK sepanjang program-program ini di seluruh Malaysia,” katanya.
Katanya, bagi menjamin proses pemilihan ini berlaku dengan adil dan tidak menindas mana-mana pihak, Generasi Reformasi memilih untuk menganjurkan sendiri keseluruhan program ini tanpa melibatkan mana-mana premis atau kemudahan parti.
“Jentera kami juga akan menghubungi secara peribadi seberapa ramai anggota AMK di setiap kawasan yang kami akan kunjungi untuk memastikan seramai mungkin anggota AMK turut serta dalam proses pemilihan bersejarah ini.
“Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk menjemput mana-mana anggota AMK yang ingin atau telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan-jawatan pusat untuk menggunakan kemudahan program ini dan bertemu dengan anggota-anggota akar umbi, sebagai sebahagian dari usaha kita menyuburkan demokrasi,” katanya.
Selepas Kelab Darul Ehsan, Gerakan Reformasi akan bertemu anggotanya di Ipoh pada 26 September dan Kuantan (28 September).
Kemudia ia akan menyusur ke Shah Alam (29 September), Bandar Hilir (1 Oktober), Kota Kinabalu I (2 Oktober) dan keesokannya akan ke Kota Kinabalu II.
Sementara pada 5 Oktober mereka akan berhimpun di Subang, dan seterusnya di Negeri Sembilan (6 Oktober), Kuala Lumpur (13 Oktober) dan Johor (14 Oktober).
Selain itu, dua sesi pertemuan akan bermula pada 16 hingga 17 Oktober di Sarawak dan menyusur semula ke negeri Selangor pada 18 Oktober.
Pertemuan di peringkat akar umbi ini kemudiannya diadakan di Perak pada 19 Oktober dan pada 20 Oktober RGF akan berada di Kuala Lumpur semula.
Lain-lain tarikh pertemuan ialah pada 22 Oktober di Kedah, Pulau Pinang (23 Oktober), Terengganu (29 Oktober) dan Kelantan (30 Oktober).
Sehubungan itu beliau menyeru seluruh anggota AMK hadir supaya calon-calon yang menawarkan diri boleh dinilai dari segi kemampuan karisma masing-masing.
Malah katanya, sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berhubung RGF tersebut boleh diajukan kepada Saifullah Zulkifli yang juga merupakan calon AMK Pusat di talian 013-3005461.
Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara, bermula malam ini
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:06 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 23
(33)
- I'Da World batal niat laksana projek RM313 Billion...
- Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli
- Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakat...
- Arahan jangan tawar plat 'MCA' masih berkuatkuasa
- Wartawan, editor tak etika patut tinggalkan Utusan
- Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk
- Azmin dan Ezam, siapa naik secara terhormat?
- Usaha Daftarkan Anggota Baru Sebagai Pemilih Dilak...
- Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua penget...
- SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'
- Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Bangladesh ke arah sekular
- Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - P...
- Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang?
- Gereja Orang Asli: Bina dulu baru minta kebenaran
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- "Bini Puaka": UPM halang pelajar hadir dengar kepu...
- Bidaan minimum plat eksklusif G1M 1 RM1 juta
- Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
- 'Jangan larang siswa ikuti kes 'bini puaka' esok'
- Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati
- SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaru...
- Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna ...
- Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih...
- MCA cuba tutup kelemahan sendiri
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batu...
- NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
- Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pen...
- Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara...
- Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidu...
- Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
-
▼
Sep 23
(33)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment