Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan


Pejabat Peguam Negara telah memfailkan usul memohon kebenaran untuk merayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah membenarkan peguam kanan Datuk V.K. Lingam dan dua bekas ketua hakim negara untuk mencabar keputusan Inkuiri Suruhanjaya Diraja berhubung satu klip video kontroversi mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Seorang peguam kanan persekutuan ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa ia telah difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan tengah hari semalam.


Lingam ketika dihubungi hari ini mengesahkan salinan permohonan yang dipatri diserahkan melalui tangan kepada firma guamannya semalam.

Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, merit kebenaran bagi semakan kehakiman akan didengar pada 29 Sept di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 12 Disember 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.


Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini. – BernamaKes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Pejabat Peguam Negara telah memfailkan usul memohon kebenaran untuk merayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang telah membenarkan peguam kanan Datuk V.K. Lingam dan dua bekas ketua hakim negara untuk mencabar keputusan Inkuiri Suruhanjaya Diraja berhubung satu klip video kontroversi mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Seorang peguam kanan persekutuan ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa ia telah difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan tengah hari semalam.

Lingam ketika dihubungi hari ini mengesahkan salinan permohonan yang dipatri diserahkan melalui tangan kepada firma guamannya semalam.

Pada 24 Ogos, dalam keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan dalam menolak permohonan kebenaran ketiga-tiga perayu itu untuk satu semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya, telah menggunakan prinsip yang salah bagi mentafsirkan nilai prima facie untuk diluluskan mengikut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Lingam, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi membuat semakan kehakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya diraja itu.

Selain memberikan sejumlah RM30,000 kos perundangan bagi ketiga-tiga perayu itu, mahkamah juga mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit kes berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, merit kebenaran bagi semakan kehakiman akan didengar pada 29 Sept di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 12 Disember 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:18 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III