Isu sebilangan golongan mualaf keluar daripada agama Islam merupakan isu terpencil dan kebanyakannya berpunca daripada kegagalan rumah tangga, kata Naib Yang Dipertua 1 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata bagi mereka yang baru memeluk agama Islam bimbingan dan dorongan sangat penting dan sekiranya perceraian berlaku kebarangkalian mereka untuk kembali ke agama asal adalah tinggi.
Shahidan berkata perkara sebegini tidak akan berlaku sekiranya seseorang itu memeluk Islam secara sukarela dan bukan atas dasar perkahwinan.
"Orang yang kahwin itu kadang-kala dia sendiri pun tidak ambil kisah tentang agama Islam. Jadi, sebab itu kes-kes sebegini boleh berlaku. Tapi jika orang yang berkahwin dan menganggap perkahwinan itu satu tanggungjawab bila dia berkahwin dengan orang Islam maka masalah ini tidak akan terjadi.
"Bukan semua orang Islam yang berkahwin dengan bukan Islam, orang Islam yang sebenar-benarnya.
Kadang-kadang orang Islam itu sendiri pun menjauhi agama... tidak mendekati agama, jadi benda-benda ini boleh berlaku," katanya kepada Bernama pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perkim di sini Khamis.
Naib Yang Dipertua 2 Perkim Prof Emeritus Datuk Ariffin Suhaimi berkata Perkim tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang bagi menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata sebagai organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berperanan menyemarakkan usaha dakwah dan penyebaran syiar Islam, Perkim menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan bagi membantu saudara baru .
"Perkim hanya sebagai badan dakwah. Perkim hanya berdakwah dan membantu mereka yang mahu memeluk Islam," tegas beliau.
Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - Perkim
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:58 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 23
(33)
- I'Da World batal niat laksana projek RM313 Billion...
- Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli
- Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakat...
- Arahan jangan tawar plat 'MCA' masih berkuatkuasa
- Wartawan, editor tak etika patut tinggalkan Utusan
- Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk
- Azmin dan Ezam, siapa naik secara terhormat?
- Usaha Daftarkan Anggota Baru Sebagai Pemilih Dilak...
- Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua penget...
- SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'
- Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Bangladesh ke arah sekular
- Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - P...
- Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang?
- Gereja Orang Asli: Bina dulu baru minta kebenaran
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- "Bini Puaka": UPM halang pelajar hadir dengar kepu...
- Bidaan minimum plat eksklusif G1M 1 RM1 juta
- Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
- 'Jangan larang siswa ikuti kes 'bini puaka' esok'
- Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati
- SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaru...
- Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna ...
- Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih...
- MCA cuba tutup kelemahan sendiri
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batu...
- NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
- Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pen...
- Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara...
- Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidu...
- Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
-
▼
Sep 23
(33)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment