Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna hasil sumber judi
Katanya, dakwaan sebuah blog dan Pemuda Umno pusat minggu lalu adalah berdasarkan kepada imaginasi, berniat jahat serta fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.
Menurut beliau lagi kerajaan negeri yang mengamalkan amalan berjimat cermat
melalui konsep cekap, akauntabiliti dan telus telah berjaya menjimatkan jumlah peruntukkan dalam bajet kerajaan negeri sebanyak RM20 juta bagi program tersebut.
“Daripada peruntukkan yang diberikan kita telah membelanjakan sebanyak RM10.7 juta dan masih mempunyai lebihan RM9.3 juta untuk meneruskan program penghargaan warga emas.
“Suka ditegaskan di sini bahawa wang ihsan tersebut bukan hasil dari sumber judi. Ia adalah hasil dari pungutan cukai tanah serta sumber selain dari judi.
“Kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan lesen judi sedangkan kerajaan pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk meluluskan semua lesen judi yang ada dalam negara kini,” katanya lagi.
Sabtu lalu, Pergerakan Pemuda Umno meminta kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog “pisau.net” itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam
Malik menambah, dakwaan mereka adalah umpama pekerja upahan yang sentiasa menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
Pada anggapan mereka dengan membuat fitnah dan tohmahan sedemikian rakyat akan mengalih sokongan kepada mereka.
“Namun begitu, tidak mudah untuk memperdayakan rakyat yang telah memberi sokongan kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
“Selama hampir 30 bulan kita menerajui kepimpinan kerajaan negeri, rakyat sudah merasa selesa dengan amanah dan tanggungjawab yang diterajui oleh Guan Eng bersama-sama kepimpinan PAS dan PKR,” ujarnya lagi.
Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung menambah, kerajaan negeri terpaksa mengadakan penjelasan dan penerangan kepada rakyat negeri ini ekoran dakwaan-dakwaan tidak berasas itu.
Program penerangan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai tuduhan yang dibuat.
“Risalah penerangan dan penafian mengenai setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno dan BN yang bertopengkan blogger-blogger yang ada akan kita pantau dan ambil tindakan supaya rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan mereka,” tegasnya lagi.
Kelmarin, Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Utara di Butterworth.
Dalam laporan itu Pemuda Pakatan Rakyat meminta suruhanjaya itu membuat siasatan segera terhadap dakwaan yang berunsurkan fitnah yang dilemparkan oleh blog berkenaan.
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:41 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 23
(33)
- I'Da World batal niat laksana projek RM313 Billion...
- Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli
- Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakat...
- Arahan jangan tawar plat 'MCA' masih berkuatkuasa
- Wartawan, editor tak etika patut tinggalkan Utusan
- Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk
- Azmin dan Ezam, siapa naik secara terhormat?
- Usaha Daftarkan Anggota Baru Sebagai Pemilih Dilak...
- Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua penget...
- SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'
- Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Bangladesh ke arah sekular
- Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - P...
- Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang?
- Gereja Orang Asli: Bina dulu baru minta kebenaran
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- "Bini Puaka": UPM halang pelajar hadir dengar kepu...
- Bidaan minimum plat eksklusif G1M 1 RM1 juta
- Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
- 'Jangan larang siswa ikuti kes 'bini puaka' esok'
- Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati
- SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaru...
- Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna ...
- Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih...
- MCA cuba tutup kelemahan sendiri
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batu...
- NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
- Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pen...
- Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara...
- Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidu...
- Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
-
▼
Sep 23
(33)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment