Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati

Rundingan dengan negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat berhubung perangkaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diadakan pada tahap minimum meskipun sebahagian besar projek berkenaan terletak di negeri-negeri tersebut.

Kerajaan negeri Selangor, khususnya hampir tidak mempunyai ruang bagi memberikan maklum-balas berhubung Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di Greater Kuala Lumpur (Lembah Kelang).

"Meskipun ada beberrapa rundingan, kami berpendapat hubungan yang lebih kerap, terperinci dengan kerajaan negeri Selangor dapat dilakukan,” kata pegawai penyelidik negeri, Tricia Yeoh.

Katanya, pejabat Menteri Besar Selangor diberi taklimat pada Julai lalu, tetapi perinciannya tidak dibekalkan.

"Banyak lagi yang dibentangkan semalam. Adalah lebih baik jika kami dimaklumkan lebih awal kerana kebanyakan projek di Greater Kuala Lumpur terletak di Selangor," katanya.

Menurut Yeoh, walaupun perwakilan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor menghadiri makmal Greater Kuala Lumpur, namun ia tidak mencukupi bagi negeri yang mempunyai kepentingan besar itu.

Antara kebimbangan mereka adalah rancangan pengangkutan mass rapid transport, sentralisasi pengurusan sisa pembuangan dan pembangunan semula Sungai Klang. Projek-projek berkenaan akan terletak di wilayah persekutuan dan juga Selangor.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:48 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III