Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batuk di tangga


Walaupun Majlis Peguam sudah memberikan penjelasan namun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) tetap tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan sambil menyifatkan ia sekadar “melepaskan batuk di tangga.” “Sebagai sebuah badan berkanun yang profesional alasan bahawa mereka tiada kuasa untuk memantau peguam-peguam adalah satu perkara yang tidak berasas.

“Majlis Peguam ini terdiri daripada orang yang bijak pandai. Adakah Majlis Peguam tidak boleh memantau apa yang dilakukan oleh ahli mereka terutamanya nilai aset serta kegiatan lain selain menjadi peguam,” kata Pengerusi Pekida Shahril Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Majlis Peguam berhubung dua peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

“Majlis Peguam cakap kedua-dua peguam tersebut digantung keahlian tetapi yang menjadi persoalan mereka tetap menjalankan amalan guaman mereka seperti biasa,” katanya.

Shahril berkata Pekida akan terus berkempen dan mendesak agak Majlis Peguam dibubarkan kerana gagal menjalankan tugas mereka membela rakyat.

“Kita akan terus desak sehingga Majlis Peguam ini dibubarkan,” katanya.

Kelmarin, Presiden Majlis Peguam K Ragunath menegaskan bahawa tidak wajar Pekida menyalahkan badan berkanun itu berhubung isu dua peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga yang lain.

Ini kerana Ragunath berkata, kedua-dua peguam yang disyaki terlibat dalam kes itu telah digantung keahlian sejak November lalu selepas didapati terlibat dalam kes penyelewengan dan penipuan urusan jual beli tanah.

Pada Ahad lalu Shahril bersama anggotanya menyalahkan Majlis Peguam yang didakwanya gagal membersihkan peguam-peguam bermasalah.

Mereka juga membakar kain rentang mengecam Majlis Peguam.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang terbabit.

Keputusan mengenai ujian asid deoksiribonukleik (DNA)  terhadap beberapa tulang yang ditemui di lokasi kejadian dijangka akan diketahui dalam masa terdekat, sementara lapan suspek telah ditahan reman untuk membantu siasatan termasuk dua peguam adik-beradik.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:25 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III