Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus

Dua lokasi di Daerah Pendang didapati dicemari dengan kuman leptospirosis atau kencing tikus, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isa.

Sehubungan itu orang ramai diminta supaya tidak melakukan sebarang aktiviti air di kawasan Pendang Lake Resort dan Bukit Perak, katanya.

“Namun Pendang Lake Resort tidak ditutup sepenuhnya, cuma pengunjung tidak digalakkan untuk membuat sebarang aktiviti yang melibatkan air.

“Sampel air yang diambil dan diuji di dua kawasan berkenaan dikesan mengandungi kuman leptospirosis,” katanya.

Beliau juga berkata setakat ini belum terdapat mangsa yang dilaporkan terkena jangkitan kuman berkenaan di dua kawasan tersebut.

Sebelum ini tiga lokasi di Kedah ditutup sejak sebulan lalu iaitu Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.

Dua kematian turut dilaporkan yang melibatkan seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berusia 30-an yang berkelah di Lata Bayu dan seorang remaja berusia 17 tahun yang telah mandi di Puncak Janing

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:24 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III