PM di Singapura, bincang isu tanah KTMB esok

Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam ini untuk melakukan lawatan kerja 24 jam ke republik ini.

Perdana Menteri, diiringi oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Changi dengan pesawat khas Malaysia dari Kuala Lumpur.

Najib dijadual mengadakan mesyuarat empat mata dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Istana esok.

Ini diikuti dengan mesyuarat delegasi melibatkan kedua-dua perdana menteri itu dan beberapa orang anggota Kabinet mereka.

Najib dan Lee pertama kali bertemu di sini pada 24 Mei tahun ini dan rundingan esok adalah susulan mengenai inisiatif yang telah dibentangkan oleh kedua-dua pihak demi mempertingkat hubungan bilateral dan kesalinghubungan.

Pada mesyuarat Mei, kedua-dua pemimpin menempa sejarah bila mereka berjaya menyelesaikan isu yang berlarutan lama yang mengganggu hubungan kedua-dua negara yang sepatutnya berjalan lancar, terutama tentang poin persetujuan (POA) mengenai tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura.

Kali ini, kedua-dua pemimpin dijangka memperhalusi inisiatif di bawah POA itu, termasuk pemindahan Stesen KTMB Tanjong Pagar ke Woodlands, penubuhan syarikat usahasama antara Khazanah Nasional Berhad dengan Temasek Holdings Ltd, dan persetujuan pertukaran tanah KTMB dan potensi pembangunannya.
Anggota kabinet Malaysia lain yang menyertai Najib di mesyuarat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:38 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III