Wakil BN sokong pinda undang-undang tubuh Kelantan

Kesemua wakil rakyat BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan menyokong pindaan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kelantan berhubung isu Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra dalam persidangan khas 27 September ini.

Ketua Pembangkang yang juga ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pindaan tersebut mesti disokong kerana melibatkan
kebajikan bekas sultan Kelantan itu.


"Apa tidaknya, kita tetap menyokong persidangan berkait isu Sultan Kelantan, kerana ia adalah raja kita," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Padang Upih, Ketereh, dekat Kota Bharu hari ini.

Md Alwi yang juga timbalan ketua Umno bahagian Kok Lanas berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian anggota Pembangkang mengenai isu tersebut.

Rabu lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias dilapor berkata kerajaan negeri akan mengadakan sidang DUN khas dalam tempoh terdekat bagi meminda undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan negeri.

Pindaan itu bertujuan menggunakan wang daripada Peruntukan Wang Yang Disatukan untuk disalur sebagai elaun seumur hidup kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Enam wakil Pembangkang dalam Dewan itu ialah Datuk Noor Zahidi Omar (Pengkalan Kubor), Datuk Ab Aziz Derashid (Kuala Balah), Mohd Adhan Kechik (Bukit Panau), Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) dan Mat Yusoff Abd Ghani (Nenggiri).

Bagaimanapun, Md Alwi berkata setakat ini mereka belum menerima notis rasmi mengenai persidangan khas tersebut.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:25 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III