Pm Lee Hadiahkan Najib Foto Dua Bapa Mereka

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini menghadiahkan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sekeping gambar kedua-dua bapa mereka yang menjadi perdana menteri negara masing-masing sebagai memento bila mereka mengadakan pertemuan untuk rundingan bilateral di sini hari ini.

Gambar itu yang diambil pada Januari 1971, menunjukkan Lee Kuan Yew dengan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri Malaysia kedua, bersama Perdana Menteri Britain Edward Heath dan dua yang lain di atas kapal perang Britian, HMS Intrepid.


Lee Junior berkata beliau ternampak gambar itu semasa menyelongkar album keluarga baru-baru ini, dan terfikir untuk memberi sekeping salinan buat simpanan Najib bila menemui beliau hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Istana, Lee berkata gambar itu diambil sebelum pembentukan Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) membabitkan Singapura, Malaysia, United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Lee berkata FPDA dibentuk pada April 1971.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:19 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III