Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, malam Isnin untuk menghadiri Rundingan Tahunan Ke-14 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya esok.
Pesawat yang membawa baginda dan rombongan 11 pegawai tinggi kerajaan Brunei tiba kira-kira pukul 7.25 malam.
Baginda disambut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay.
Sejurus selepas mendarat, baginda Sultan Brunei memeriksa Barisan Kehormatan yang dianggotai 26 anggota Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi.
Sementara itu, kenyataan Kementerian Luar berkata semasa acara rundingan tahunan itu Najib dan Sultan Brunei akan mengadakan pertemuan empat mata untuk bertukar-tukar pandangan berhubung keadaan terkini hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan.
Kedua-dua pemimpin akan juga menzahirkan satu Kenyataan Bersama di akhir Rundingan Tahunan tersebut.
Acara Rundingan Tahunan merupakan platform tertinggi bagi kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara dua hala, serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama.
Menurut kenyataan itu lagi, acara Rundingan Tahunan ini adalah manifestasi komitmen kedua-dua pemimpin tertinggi negara untuk mengerat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Pada malam esok, Najib akan meraikan Sultan Brunei dalam satu majlis santapan malam.
Pada Rundingan Tahunan ke-13 di Bandar Seri Begawan Ogos tahun lepas, kedua-dua negara memperbaharui komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Mengenai Pertukaran Watikah berhubung isu pertindihan kawasan maritim dan sempadan darat yang ditandatangani pada 16 Mac 2008 pula, kedua-dua pemimpin pada Rundingan Tahunan ke-13 itu turut menyatakan komitmen ke arah melihat perkara-perkara dalam dokumen itu dilaksanakan dengan cepat.
Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan Perdana Menteri
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:16 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 20
(44)
- TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara ...
- Lupakan Sahaja Perpaduan Dengan PAS - Zam
- Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin
- Pm Lee Hadiahkan Najib Foto Dua Bapa Mereka
- Jenapala bukan anggota parti- PKR
- Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan ...
- Malaysia- Singapura Setuju Selesai Isu Bayaran Pem...
- Jaya Supermarket: Dua syarikat binaan, pengarah di...
- Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa
- Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai
- Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
- Najib mungkin terus tunduk pada Singapura
- Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
- Pemuda Umno Ajak Anggota Ziarah Rakyat Sempena Aid...
- Bekas Timbalan Setiausaha Dakwa Terdapat Salah Gun...
- Pihak Bertelagah Dalam Gerakan Pulau Pinang Dimint...
- Nota 'Minta Maaf, Saya Sangat Penat, Selamat Tingg...
- Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru
- Program Transformasi Negara, Gagasan 1Malaysia Tar...
- Pelancaran buku mengenai reform Pakatan di Selangor
- Permohonan bukan Muslim jadi peguam syarie 25 Nov
- Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus
- Staf BernamaTV nafi anak sulung Sosilawati kekasihnya
- Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah
- Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu
- Kunan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu
- Mundurkah Negeri Kelantan ???
- Ahli seksologi: Seks penawar terbaik atasi tekanan
- Remaja asing putus tangan ditetak di majlis kahwin
- Dakwaan taktik kotor: Jenapal cabar Anwar, Azmin b...
- Umno: Pemuda BN jangan campur kemelut PP
- Rais: Rukun Negara hanya didengari tanpa difahami
- Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno
- Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius
- Pemasyhuran Sultan Kelantan tak sah, Tuanku Ismail...
- Pelabur masih percaya negeri pembangkang
- Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya
- Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut
- PM di Singapura, bincang isu tanah KTMB esok
- Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC ...
- Wang ihsan: Muslihat terbaru Umno serang Guan Eng,...
- Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapa...
- Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI
- Wakil BN sokong pinda undang-undang tubuh Kelantan
-
▼
Sep 20
(44)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment