Pihak-pihak yang bertelagah dalam parti Gerakan Pulau Pinang perlu duduk berbincang dan menyelesaikan perbalahan mereka secara baik dengan segera, kata naib presiden parti Datuk Mah Siew Keong.
Beliau berkata kepimpinan parti itu berharap pihak-pihak berkenaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham, supaya parti tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam masa terdekat.
"Semua pihak perlu duduk berbincang dan selesaikan perbalahan kerana parti kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara sekarang sehingga 27 September ini jika mereka dapat capai penyelesaian, EGM tidak perlu diadakan lagi," katanya dalam satu temu ramah di sini hari Isnin.
Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan satu kumpulan anggota parti yang menamakan diri mereka sebagai "suara akar umbi" yang bertindak memanggil EGM pada 10 Oktober ini, bagi melucutkan jawatan Datuk Dr Teng Hock Nam sebagai pengerusi Gerakan negeri yang dilantik.
Kepimpinan tertinggi Gerakan sebelum ini menubuhkan pasukan perunding yang terdiri daripada empat anggota diketuai Mah, untuk bertemu dengan pihak-pihak yang bertelagah dalam Gerakan Pulau Pinang bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengelak EGM itu.
Lain-lain anggota pasukan itu ialah naib presiden A. Kohilan Pillay, Ketua Pemuda Lim Si Pin dan anggota jawatankuasa Pusat Datuk Gooi Hoe Hin, dan mereka dijadualkan memulakan tugas mereka Rabu ini.
Mah berkata anggota parti di Pulau Pinang tidak seharusnya berpecah belah dan membenarkan pihak luar mengambil kesempatan terhadap keadaan itu.
"Malah ketika ini ada gesaan supaya Gerakan menyerahkan semua kawasannya di Pulau Pinang, selain gesaan supaya Gerakan menyerahkan kedudukannya sebagai pengerusi BN Negeri," katanya.
"Apa pun Gerakan masih parti terbaik menerajui negeri, namun jika anggota dilihat bergaduh sesama sendiri, ia kan memberi peluang kepada orang luar mendesak parti supaya menyerahkan kawasan pilihan rayanya kepada pihak lain. Seperti yang dijelaskan oleh slogan Gerakan, anggota perlu 'Satu Hati'," tambahnya.
Bagaimanapun beberapa perwakilan dari kumpulan itu ketka dihubungi hari ini berkata mereka masih bertekad untuk meneruskan EGM pada 10 Oktober ini bagi menyingkir Dr Teng.
Pihak Bertelagah Dalam Gerakan Pulau Pinang Diminta Selesai Perbalahan Segera
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:55 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 20
(44)
- TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara ...
- Lupakan Sahaja Perpaduan Dengan PAS - Zam
- Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin
- Pm Lee Hadiahkan Najib Foto Dua Bapa Mereka
- Jenapala bukan anggota parti- PKR
- Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan ...
- Malaysia- Singapura Setuju Selesai Isu Bayaran Pem...
- Jaya Supermarket: Dua syarikat binaan, pengarah di...
- Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa
- Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai
- Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
- Najib mungkin terus tunduk pada Singapura
- Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
- Pemuda Umno Ajak Anggota Ziarah Rakyat Sempena Aid...
- Bekas Timbalan Setiausaha Dakwa Terdapat Salah Gun...
- Pihak Bertelagah Dalam Gerakan Pulau Pinang Dimint...
- Nota 'Minta Maaf, Saya Sangat Penat, Selamat Tingg...
- Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru
- Program Transformasi Negara, Gagasan 1Malaysia Tar...
- Pelancaran buku mengenai reform Pakatan di Selangor
- Permohonan bukan Muslim jadi peguam syarie 25 Nov
- Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus
- Staf BernamaTV nafi anak sulung Sosilawati kekasihnya
- Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah
- Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu
- Kunan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu
- Mundurkah Negeri Kelantan ???
- Ahli seksologi: Seks penawar terbaik atasi tekanan
- Remaja asing putus tangan ditetak di majlis kahwin
- Dakwaan taktik kotor: Jenapal cabar Anwar, Azmin b...
- Umno: Pemuda BN jangan campur kemelut PP
- Rais: Rukun Negara hanya didengari tanpa difahami
- Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno
- Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius
- Pemasyhuran Sultan Kelantan tak sah, Tuanku Ismail...
- Pelabur masih percaya negeri pembangkang
- Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya
- Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut
- PM di Singapura, bincang isu tanah KTMB esok
- Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC ...
- Wang ihsan: Muslihat terbaru Umno serang Guan Eng,...
- Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapa...
- Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI
- Wakil BN sokong pinda undang-undang tubuh Kelantan
-
▼
Sep 20
(44)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment