Transparency International Malaysia (TI-M) meminta pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung November ini, dijalankan dalam suasana adil, bertanggungjawab dan bebas daripada politik wang.
Presidennya Datuk Paul Low Seng Kuan berkata ia bagi memastikan calon yang dipilih adalah berdasarkan integriti, kemampuan dan komitmen mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa pengaruh wang.
"Rakyat sedang melihat dengan teliti, oleh itu, sekiranya PKR mengamalkan tadbir urus yang bersih, bertanggungjawab dan telus, semua calonnya mesti cakap serupa bikin (konsisten dengan janji mereka, perkataan serta perbuatan) dan berupaya menahan diri daripada mengamalkan politik wang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari Isnin.
TI Malaysia, sebuah syarikat akreditasi yang berpangkalan di Berlin, Jerman ialah sebuah badan bukan kerajaan bagi memerangi rasuah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Low berkata pemilihan parti PKR yang dijadualkan November ini akan dipantau dengan teliti oleh mereka yang berminat untuk mengetahui keputusannya atau proses berkenaan sebagai satu petunjuk sama ada ia boleh dipercayai bagi menubuhkan kerajaan yang berwibawa.
Minat itu bukan hanya terhadap siapa yang bertanding bagi sesuatu jawatan, tetapi juga terhadap pengendalian keseluruhan proses pemilihan, kerana terlalu banyak pemilihan dalaman sesuatu parti dicemari politik wang, katanya.
"Politik wang ialah rasuah politik dan punca segala bentuk rasuah kerana ia bukan sahaja menjejaskan proses demokratik sesuatu pemilihan, malah menyebabkan calon terhutang budi kepada penaja mereka dan merosakkan rakyat," katanya.
Akhbar melaporkan hari ini bahawa naib presiden PKR Azmin Ali sebagai berkata penglibatan langsung ribuan anggota parti dalam memilih calon pada pemilihan PKR tidak akan mewujudkan sebarang bentuk rasuah atau politik wang.
Azmin masih mendahului senarai calon dengan memperoleh 35 pencalonan. diikuti anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim (19), naib presiden Mustaffa Kamil (10) manakala pengarah strategi parti Tian Chua mendapat dua pencalonan.
TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara Bersih
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:58 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 20
(44)
- TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara ...
- Lupakan Sahaja Perpaduan Dengan PAS - Zam
- Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin
- Pm Lee Hadiahkan Najib Foto Dua Bapa Mereka
- Jenapala bukan anggota parti- PKR
- Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan ...
- Malaysia- Singapura Setuju Selesai Isu Bayaran Pem...
- Jaya Supermarket: Dua syarikat binaan, pengarah di...
- Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa
- Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai
- Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
- Najib mungkin terus tunduk pada Singapura
- Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
- Pemuda Umno Ajak Anggota Ziarah Rakyat Sempena Aid...
- Bekas Timbalan Setiausaha Dakwa Terdapat Salah Gun...
- Pihak Bertelagah Dalam Gerakan Pulau Pinang Dimint...
- Nota 'Minta Maaf, Saya Sangat Penat, Selamat Tingg...
- Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru
- Program Transformasi Negara, Gagasan 1Malaysia Tar...
- Pelancaran buku mengenai reform Pakatan di Selangor
- Permohonan bukan Muslim jadi peguam syarie 25 Nov
- Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus
- Staf BernamaTV nafi anak sulung Sosilawati kekasihnya
- Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah
- Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu
- Kunan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu
- Mundurkah Negeri Kelantan ???
- Ahli seksologi: Seks penawar terbaik atasi tekanan
- Remaja asing putus tangan ditetak di majlis kahwin
- Dakwaan taktik kotor: Jenapal cabar Anwar, Azmin b...
- Umno: Pemuda BN jangan campur kemelut PP
- Rais: Rukun Negara hanya didengari tanpa difahami
- Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno
- Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius
- Pemasyhuran Sultan Kelantan tak sah, Tuanku Ismail...
- Pelabur masih percaya negeri pembangkang
- Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya
- Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut
- PM di Singapura, bincang isu tanah KTMB esok
- Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC ...
- Wang ihsan: Muslihat terbaru Umno serang Guan Eng,...
- Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapa...
- Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI
- Wakil BN sokong pinda undang-undang tubuh Kelantan
-
▼
Sep 20
(44)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment