"Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal" antara kandungan nota yang dijumpai pegawai penyiasat di dalam beg sandang milik Teoh Beng Hock, tiga bulan selepas kematiannya.
Jurubahasa mahkamah Tin Chin Kin ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh, berkata terjemahan daripada Bahasa Cina ke Bahasa Melayu itu turut mengandungi luahan perasaan serta permohonan maaf kerana tidak dapat membantu.
Tin kemudian diminta membaca terjemahan keseluruhan nota yang dipercayai ditulis oleh Teoh yang berbunyi seperti berikut:-
"Ou Yang
"Dalam keadaan tidak menyalin fail dalam komputer saya, mereka telah mengambil semua komputer itu. Mereka asyik menyalahkan kamu.
Minta maaf.
Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu.
Saya kata, "mendapat kelulusan YB" mereka berdegil menaip jadi "mengikut arahan YB."
Saya tidak dapat membantu kamu, maaf.
Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal."
Tin berkata beliau menterjemah nota yang ditulis pada kertas A4 itu pada 4 Sept selepas diarahkan Koroner Azmil Muntapha Abbas dan tidak pernah mendedahkan maklumat berkenaan kepada sesiapa.
Dalam pemeriksaan balas, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh mempertikaikan terjemahan Tin berhubung perkataan "selamat tinggal" dengan mengemukakan dua kamus terjemahan.
Walaupun mengakui perkataan sama boleh diterjemah sebagai "jumpa lagi", Tin berkata menerusi cariannya di Google, perkataan yang tertera dalam nota itu sebenarnya membawa maksud "selamat tinggal".
Terdahulu, pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal memberitahu mahkamah bahawa beliau mula mengesan nota berkenaan selepas tiga bulan kematian Teoh selepas dinasihatkan supaya berbuat demikian oleh pakar perunding forensik psikiatri Hospital Permai Dr Badi'ah Yahya.
"Pada 7 Okt 2009, jam 3 petang ketika saya di pejabat saya ada hubungi Dr Badi'ah tentang perkara-perkara yang perlu diambil dari sudut psikologi. Beliau ada beritahu saya biasanya kes bunuh diri akan ada surat atau nota yang akan ditinggalkan dan minta saya periksa apa-apa nota yang ditinggalkan Teoh.
"Pada ketika itu juga, saya dihubungi Abazafree (Timbalan Pendakwa Raya) dan diberitahu saya akan dipanggil memberi keterangan, dan saya kemudiannya periksa beg dan barang-barang Teoh, dan ketika itulah saya nampak satu tulisan tangan dan saya teringat kata-kata Dr Badi'ah.
"Ketika itu, saya panggil rakan (anggota polis berbangsa Cina) untuk menterjemah kertas itu. Saya ambil kertas itu kerana berasa curiga," katanya ketika menjawab soalan peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan.
Ahmad Nazri berkata selepas menjumpai nota tersebut, beliau menghubungi pihak atasan dan diarah mendapatkan contoh tulisan tangan Teoh untuk perbandingan.
Memandangkan usaha mendapatkan contoh tulisan tangan Teoh dari universiti serta rumah sewanya tidak berjaya, Ahmad Nazri berkata beliau kemudian mengambil beberapa dokumen lain dari beg sandang Teoh termasuk buku catatan, sampul surat berbahasa Cina dan salinan percakapan Teoh ketika di Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimanapun, ketika disoal Gobind sama ada beliau membuat pengesahan mengenai pemilik sebenar tulisan dalam nota yang dijumpai itu, beliau menjawab "Tiada pengesahan."
Sebelum itu, Ahmad Nazri memberitahu mahkamah beg sandang Teoh diserahkan kepadanya oleh salah seorang pegawai SPRM dan beliau telah merekodkan beberapa barangan penting seperti dompet, kad bank, wang tunai dan beberapa dokumen berkaitan mesyuarat yang dihadiri mangsa.
Bagaimanapun, katanya nota berkenaan tidak direkodkan pada ketika itu (16 Julai) kerana beliau beranggapan ia tidak penting sehinggalah memeriksa semula kandungan beg sandang Teoh tiga bulan kemudian, iaitu pada 7 Okt 2009.
Ahmad Nazri turut menceritakan keadaan mayat Teoh pada kali pertama beliau melihatnya, yang berada dalam keadaan tertiarap dengan seluarnya terkoyak.
Katanya, beliau kemudian naik ke pejabat SPRM untuk melihat keadaan tingkap yang terbuka dan mendapati tiada tangkai pemegang tingkap serta terdapat kesan patah dan mayat Teoh didapati berada selaras dengan arah tingkap yang terbuka itu.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Prosiding inkues disambung 14 Okt depan.
Nota 'Minta Maaf, Saya Sangat Penat, Selamat Tinggal' Dijumpai Dalam Beg Sandang Teoh
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:53 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 20
(44)
- TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara ...
- Lupakan Sahaja Perpaduan Dengan PAS - Zam
- Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin
- Pm Lee Hadiahkan Najib Foto Dua Bapa Mereka
- Jenapala bukan anggota parti- PKR
- Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan ...
- Malaysia- Singapura Setuju Selesai Isu Bayaran Pem...
- Jaya Supermarket: Dua syarikat binaan, pengarah di...
- Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa
- Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai
- Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
- Najib mungkin terus tunduk pada Singapura
- Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
- Pemuda Umno Ajak Anggota Ziarah Rakyat Sempena Aid...
- Bekas Timbalan Setiausaha Dakwa Terdapat Salah Gun...
- Pihak Bertelagah Dalam Gerakan Pulau Pinang Dimint...
- Nota 'Minta Maaf, Saya Sangat Penat, Selamat Tingg...
- Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru
- Program Transformasi Negara, Gagasan 1Malaysia Tar...
- Pelancaran buku mengenai reform Pakatan di Selangor
- Permohonan bukan Muslim jadi peguam syarie 25 Nov
- Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus
- Staf BernamaTV nafi anak sulung Sosilawati kekasihnya
- Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah
- Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu
- Kunan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu
- Mundurkah Negeri Kelantan ???
- Ahli seksologi: Seks penawar terbaik atasi tekanan
- Remaja asing putus tangan ditetak di majlis kahwin
- Dakwaan taktik kotor: Jenapal cabar Anwar, Azmin b...
- Umno: Pemuda BN jangan campur kemelut PP
- Rais: Rukun Negara hanya didengari tanpa difahami
- Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno
- Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius
- Pemasyhuran Sultan Kelantan tak sah, Tuanku Ismail...
- Pelabur masih percaya negeri pembangkang
- Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya
- Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut
- PM di Singapura, bincang isu tanah KTMB esok
- Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC ...
- Wang ihsan: Muslihat terbaru Umno serang Guan Eng,...
- Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapa...
- Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI
- Wakil BN sokong pinda undang-undang tubuh Kelantan
-
▼
Sep 20
(44)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment