Permohonan bukan Muslim jadi peguam syarie 25 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAWIP) untuk membatalkan permohonan seorang peguam wanita bukan Muslim untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan pada 25 Nov ini.

Pada 19 Mei, Victoria Jayaseele Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar satu keputusan bahawa hanya peguam Muslim dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.


Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu dalam kamar setelah menemui peguam Martin, Ranjit Singh dan Sulaiman Abdullah bagi MAWIP.

Ranjit Singh memberitahu media bahawa MAWIP telah memfailkan permohonan itu untuk membatalkan semakan kehakiman tersebut atas alasan mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mendengar perkara berkenaan.

Dalam permohonan Martin, beliau juga meminta satu perintah sertiorari untuk membatalkan keputusan tersebut oleh MAWIP melalui Jawatankuasa Peguam Syarie kerana penolakan permohonannya untuk diterima sebagai seorang peguam syarie.

Beliau menamakan MAWIP sebagai responden.

Martin, 48, antara lain mahu satu perintah mandamus untuk memaksa MAWIP menerimanya sebagai peguam syarie.

Beliau juga meminta pengisytiharan bahawa Peraturan 10 Peraturan Peguam Syarie 1993, mewajibkan bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie, yang menyalahi Artikel 5, 8, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 14 Mei, Martin memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi dalam permohonan perundangan permulaannya untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan setelah Hakim Mohd Zawawi membenarkan permohonann beliau untuk satu semakan kehakiman.

Ini merupakan kes pertama di Kuala Lumpur seorang peguam bukan Muslim diberi kebenaran mencabar keputusan bahawa hanya peguam Muslim dibenarkan menjadi pengamal undang-undang di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu keperluan utama untuk menjadi seorang peguam syarie ialah seseorang itu mestilah orang Islam.

Martin, yang memiliki Diploma Undang-undang dan Amalan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2004, telah memohon tindakan perundangan di mahkamah sivil setelah permohonan untuk diterima masuk sebagai peguam syarie ditolak oleh MAWIP.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:27 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III