Diskaun Melayu: Selepas Pua, MB S'gor juga disiasat

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menghabiskan masa satu jam setengah di balai polis Shah Alam hari ini bagi menjawab dakwaan bahawa beliau mempersoalkan hak Melayu pada sebuah forum ekonomi dua bulan lalu.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh polis bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan juga dipanggil bagi merakamkan kenyataannya.

Bercakap kepada wartawan selepas meninggalkan balai polis itu pada jam 3.10 petang, Pua berkata beliau disiasat mengikut Akta Hasutan kerana membuat cadangan pemansuhan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah mewah.
Menurut Pua, pegawai penyiasat itu juga menggunakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 27 Julai yang bertajuk Cadangan Ahli Parlimen PJ Utara kepada kerajaan Selangor - Mansuh diskaun bumiputera, digunakan sebagai rujukan siasatan berkenaan.

"Mereka minta saya mengimbas semula apa yang saya kata dan saya jelaskan bahawa saya merujuk kepada diskaun untuk pembelian hartanah mewah (untuk bumiputera) dimansuhkan dan manfaatnya sebaliknya disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.

Pua pada bulan lalu mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya diskaun bumiputera sebanyak tujuh peratus bagi pembelian rumah lebih RM500,000 dan hartanah komersial bernilai lebih RM2 juta dimansuhkan ketika menghadiri dialog belanjawan.

Berikutan itu, 22 laporan polis dibuat ke atasnya oleh beberapa bahagian Pemuda Umno di Selangor yang menuntut Pua disiasat mengikut Akta Hasutan.

Setiausaha publisiti DAP itu juga menerima sebutir peluru hidup M16 berikutan kenyataannya dengan sekeping nota yang mengancam keselamatan keluargan

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:33 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III