Ku Li akan sokong calon PAS di DUN Galas: Harun Taib

Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya, Harun yakin Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik. Biasanya dia melihat suasana dan realiti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini.Malah kata Harun, ramai veteran Umno di Kelantan menyokong PAS kerana sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus.

Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Mengulas isu berlainan, Harun berkata Pas Terengganu akan mengadakan satu konvensyen peringkat negeri pada 22 Okt ini.

Konvensyen dua hari itu bagi memantapkan kefahaman anggota sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:37 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III