Koh: Jangan bertindak keterlaluan dalam isu kaum, agama

Tan Sri Koh Tsu Koon
Rakyat diingat agar tidak bertindak keterlaluan dan mengikut perasaan ketika tercetus masalah melibatkan kaum dan agama bagi menjaga perpaduan dan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata masalah pasti timbul apabila wujud kepelbagaian masyarakat namun rakyat perlu bijak menanganinya.
“Dalam hubungan sesama manusia, kadang kala berlaku keadaan tegang. Kita kena ingat kembali usaha gigih kita selama ini dalam membina negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) agama di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz.

Koh berkata segala isu yang timbul sehingga mengguris perasaan pihak lain perlu dipulihkan segera bagi menjadikan masyarakat kembali mesra dan penuh kasih sayang.

Dalam sidang ahkbar selepas itu, Koh berkata, walaupun rakyat Malaysia ketika ini hidup dalam suasana harmoni, namun usaha mengukuhkan perpaduan perlu dilakukan secara berterusan.

Beliau memuji usaha kerajaan Pahang kerana menganjurkan pertemuan dengan NGO agama yang dilihat mampu memupuk persefahaman antara kaum dan agama.

“Kerajaan negeri lain harus mencontohi Pahang,” kata Koh.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:13 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III