Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat selewat-lewatnya Rabu depan dengan mengambil kira Perhimpunan Agung Umno 2010 dan hari-hari kebesaran dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas.
“Pegawai-pegawai kami sedang mengumpulkan maklumat dan data, selewat-lewatnya Rabu kita akan panggil mesyuarat khas. Tetapi tarikh belum ditetapkan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi petang ini.
Wan Ahmad berkata pihaknya telah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan tengah hari semalam.
SPR mempunyai masa selama 10 hari untuk menentukan tarikh pilihan raya. Tempoh itu berakhir 7 Oktober.
“Kami juga sedang menetapkan tarikh keluar writ pilihan raya, mungkin selewat-lewatnya Rabu minggu depan boleh mengadakan mesyuarat khas,” katanya.
Ketika ditanya sama ada penetapan tarikh pilihan raya kecil ini, yang kali ke-12, akan mengambil kira AGM Umno juga, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil kira semua aktiviti parti.
Selain itu kata beliau, SPR juga akan mengambil kira hari-hari kebesaran seperti sambutan Deepavali dan Aidiladha, jatuh sebelum pertengahan November, dalam menentukan tarikh pilihan raya.
AGM Umno akan berlangsung pada minggu ketiga bulan depan.
“Kita akan ambil kira semua aktiviti parti... itu yang kita sedang fikirkan, tarikh yang sesuai. Kita masih ada masa (60 hari) untuk mengadakan pilihan raya kecil,” katanya.
Bagaimanapun pihaknya tiada maklumat jumlah pengundi di kerusi DUN Galas yang akan menunaikan haji kali ini.
Kerusi DUN Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang kini kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia pada Isnin lepas akibat barah usus kelmarin.
Kerusi itu dimenangi Che Hashim pada pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan penyandang dari Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
DUN Galas: SPR ambil kira AGM Umno, hari kebesaran
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:41 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 29
(37)
- ‘DNA’ pemimpin Umno: Ibrahim mahu dedah tapi tidak...
- Ku Li dilantik pengarah pilihan raya Umno-BN DUN G...
- Isu BTN: Kabinet kecewa, arah KSN siasat
- DUN Galas: SPR ambil kira AGM Umno, hari kebesaran
- Tarif air tidak berubah sehingga penstrukturan sem...
- Ku Li akan sokong calon PAS di DUN Galas: Harun Taib
- Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta
- Diskaun Melayu: Selepas Pua, MB S'gor juga disiasat
- PERKASA 'isytihar' perang terhadap Namewee
- Permit penerbitan: Malaysiakini saman kerajaan
- Polis: Tiada tindakan kerana PERKASA beri kerjasama
- Perpaduan Melayu: Nik Aziz ajak ahli Umno sertai PAS
- Exco: Penduduk bimbang PERKASA hadir majlis PM
- Pemuda MIC: Pegawai rasis perlu diajar
- Galas: PAS takut 'tak bertempat', kata Umno
- Ku Li jadi tumpuan p'raya kecil DUN Galas
- Galas: Razaleigh bijak berpolitik
- Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 ...
- Munajat: Ulama muda Umno dangkal ilmu
- Galas: Jangan lupa Dun Kota Siputeh
- Melayu diminta perkuatkan PAS di Pulau Pinang
- Mengapa bangkitkan projek Kimanis RM2.4b
- JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno
- Koh: Jangan bertindak keterlaluan dalam isu kaum, ...
- 2010 kebangkitan anak muda
- Tiada projek kerajaan negeri terbengkalai
- Gaji minimum: MEF tak mahu campur tangan kerajaan ...
- PERKASA bantah 'Nah!' - bakar gambar Namewee
- Isu BTN: Pemuda Gerakan mahu Hamim dilucut jawatan
- Aziz Bari: Ku Li tak tanding tapi lalui situasi su...
- Umno Yang Menolak Hudud??? (BUKTINYA)
- Protes Perkasa ( ANDA FIKIRKAN )......
- Pergerakan Puteri Umno akan mengadakan mesyuaratny...
- SAJAK : Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
- Rupa wajah Ketua Wira Perkasa yang Dikata Perkasak...
- Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa ba...
- SKRIP YANG SAMA AKAN BERULANG DI DUN GALAS
-
▼
Sep 29
(37)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment