Isu BTN: Kabinet kecewa, arah KSN siasat

Kabinet melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan yang dibuat seorang pegawai kanan Belia Tata Negara (BTN) kelmarin — mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada majlis anjuran Puteri Umno.

Perkasa tersebut dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

“Kabinet berasa kecewa dengan apa yang berlaku dan perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tadi.

“Kita juga telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara in terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil,” kata beliau yang juga Naib Presiden MIC pada sidang media di Kementerian Sumber Manusia di sini.
Tambahnya, kenyataan yang dibuat pegawai kanan BTN itu boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

“Setakat ini saya tidak boleh nak berikan komen lagi.

“Kita biar Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat perkara ini terlebih dahulu,” katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Hussain telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno baru-baru ini.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasaam dengan masyarakat-masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.

“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.

“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.

“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.

Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.

Dalam pada itu, Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC sebelum inijuga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.

Beliau juga menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.

Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mengecam kenyataan yang dibuat Hamim sambil menyifatkan ia adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini.

Pagi tadi Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru Hamim, yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:42 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III