JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - yang diumpamakan seperti "balaci" bagi melawan tindakan yang tidak sealiran.

"Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut.
Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa perbuatan menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul.

Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Justeru, Fathul Bari mencadangkan, jumlah RM400 ribu yang dikumpulkan sebaiknya digunakan untuk program ilmiah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di negara ini yang ketandusan ilmu dan ulama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, cadangan itu bersifat umum dan turut ditujukan kepada kerajaan Malaysia.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:25 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III