Tarif air tidak berubah sehingga penstrukturan semula industry air Selangor selesai

Tarif air di Selangor tidak akan berubah sehingga penstrukturan semula industri air di negeri itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata syarikat pengurusan air di negeri itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak boleh menaikkan tarif air di Selangor walaupun telah dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

“Syabas perlu mendapat kebenaran Kerajaan Selangor sebelum menaikkan tariff air, dan saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan kenaikan selagi rundingan penstrukturan semula industri air tidak selesai.

“Oleh itu, rakyat Selangor tidak perlu gusar dengan berita berkenaan kenaikan tarif air,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik ucapan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui pada siding kemuncak Air dan Utiliti Negara semalam, bahawa industri air benar-benar memerlukan kenaikan tarif.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor dan dalam semua rundingan keutamaan Selangor adalah kepentingan pengguna, perkhidmatan air yang efisien dengan harga yang berpatutan.

Beliau berkata rundingan penstrukturan semula terbantut kerana ada pihak yang tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Katanya, selain itu ada pihak konsesi yang menuntut pulangan keuntungan melampau sehingga 70 peratus setiap tahun untuk proses pengambilalihan.

“Kerajaan Selangor menegaskan bahawa kajian semula kadar tarif air hanya boleh dibuat selepas proses penyusunan semula industri perkhidmatan air selesai dilakukan.

“Hanya penyelesaian secara menyeluruh ini dapat memastikan industri air diuruskan secara lebih berkesan pada tarif yang munasabah dan tidak membebankan rakyat,” katanya

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:39 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III